koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 16 April 2014
INDAHNYA BILA BERBAHASA III
Ghairahku ingin berbahasa
seumpama ghairah mengupas bawang
semakin terselak helaian mayang
semakin jauh menuju ke isirong dalam
semakin ghairah terasa idam.
Ghairahku meneroka bahasa
seghairahnya lelaki meneroka tubuh wanita
semakin lama lelaki merenung
semakin meneroka di sebalik selubung
semakin terjuih bibir, liur berladung.
Ghairahku bersua bahasa
seghairahnya saintis bersua hidrokarbon
semakin mendalam melihat setiap rantaian
semakin ghairah setiap intaian
semakin terikat dalam ikatan ilmuan.
Ghairahku mencipta bahasa
seghairahnya pemuzik mencipta lagu
semakin mantap petikan gitarnya
semakin meremang bulu tengkuk melentik
semakin gedik jiwa terjentik.
Begitulah ghairahnya aku terhadap bahasa
bagai penyair di langit jingga
biar serak di tekak senja
tetap bernafsu dalam berbicara
tetap berjiwa mainan bahasa.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
16/04/2014
16.30.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment