koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 13 April 2014
RENUNGAN
Kepada semua penyair muka-buku ini aku berseru pelbagaikanlah bentuk dan jenis karyamu. Usah hanya bersyair, usah hanya bersajak, usah hanya berpantun dan usah hanya bernovela cinta dalam puisi.
Marilah kita terokai bentuk-bentuk puisi moden dan tradisi yang ada seperti TEROMBA, TALIBUN, KECINDAN, GURINDAM, SELOKA dan pelbagai lagi jenis serta bentuk karya yang telah dicipta oleh pengkarya terdahulu kita.
Semoga sastera kita tidak dianggap malap dan semakin mendekat di hati pembaca.
Renung-renungkanlah.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
13/04/2014
09.10.
Selamat bersantai di hujung minggu bersama keluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment