koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 14 April 2014
MILIK KITA HAK KITA
Berita terkini
kotak hitam belum dijumpai
tapi hak untuk menyelidiki
kini dipergaduhi
kerana integriti terletak di kaki
takutkan bayangan sendiri.
Begitulah seandainya integriti
tidak dimiliki... ,
'Bangkai gajah tetap cuba diselindungi'
Buat apa nak takut?
Milik kita hak kita
hijab Ilahi.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
14/04/2014
08.20.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment