koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 16 April 2014
INDAHNYA BILA BERBAHASA
Kulapik kata
di pentas bicara
menyelubungi hasrat
bertinta jiwa.
Seumpama benang di dalam tepung
bila ditarik tidak berselerak - tepung
tidak kan putus - benang
seiring sejalan.
Bunga-bunga bahasa
kembang dan mekar
menghiasi laman
sendaloka, bergurindam jiwa.
Betapa indah bila berbahasa
lantunan kata dalam luahan
bila diguna dengan tajwidnya
bila diguna berlapis maksudnya.
Seumpama bawang berlapis-lapisan
seumpama bangunan bertingkat, capaian
indah bicara di dalam persuratan
cantik maksud dalam persiratan.
Pagi ini pintu minda terbuka
menerima masuk kembara bahasa
bersama cahaya ilham dicipta
berlapis maksud tafsiran bicara.
Berpuput lembut serata mayapada
sempadannya
tidak pernah ada
aku berbahasa.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
16/04/2014
09.40.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment