koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 25 April 2014
GURINDAM BERSIAP SIAGA
Bersiap siaga sebelum waktunya,
ada hikmahnya ada kebaikannya.
Bersiap siaga harus sentiasa,
pelbagai kaum hidup sentosa.
Bersiap siaga duduk semeja,
bulatkan fikiran toleransi dibaja.
Bersiap siaga harus diwacana,
aman, damai rukun terlaksana.
Bersiap siaga seperti aku,
mengemas meja menyusun bangku.
Bersiap siaga itu semestinya,
tamat tugas tepat pada waktunya.
Hihihi.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
25/04/2014
18.20pm.
Tata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment