Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat kepada semua teman muka-bukuku walau di mana kamu semua berada. Salam sayang dan salam cintakan bahasa mewarnai kehidupan kita. Syukur kepada Allah kerana diberi peluang lagi kepada kita semua untuk mencari keredaan-Nya dengan nyawa yang masih di badan. Buatlah pahala dan jauhkanlah dosa, insya-Allah diberkati-Nya...amin.
Jom kita bekalkan minda kita dengan sebuah monolog bertajuk MUSYKIL DAN HAIRAN sebagai sarapan berbahasa kita pagi ini seperti kita bekalkan tubuh kita dengan sarapan pagi teh dan kopi serta roti canai banjir campur telur suku masak dua biji.
*****
MONOLOG: MUSYKIL DAN HAIRAN
Pekerja:
"Selamat pagi bos, kami nak bertanya sedikit. Kami MUSYKIL DAN HAIRAN. Ni mana datangnya pula stok yang bos katakan hilang dan bos katakan kami yang melesapkannya. Telah puas kami selongkar di dalam daratan gudang dan selautan dokumen tapi tak berjumpa sehinggakan ke dasar samudera syarikat pun telah kami selami masih tidak terjumpanya. Juruaudit pun pening kepala memikirkan tentang kehilangan ini"
Bos:
"Sebenarnya stok tersebut tidak pernah hilang. Saya sorokkan untuk menguji kamu dengan latihan kehilangan. Supaya kamu lebih peka dengan urusan dan harta syarikat. Stok ini semua saya letak di dalam gudang bawah tanah yang tiada seorang pun dari kamu ketahuinya, kiranya saya buat latihan 'audit' tahunan "
Pekerja:
"Audit ya! Macam ada yang tak kena je ni, setelah pihak insuran membayar pampasan tak sampai pun dua bulan?"
Bos:
"Diamlah ... nak bonus tak hujung tahun ni? Kalau nak diam-diam ya!"
Aku(dalam hati):
'Senyum-senyum selalu untuk senaman wajah di pagi Jumaat yang barakah ini'
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
18/04/2014
07.30.
No comments:
Post a Comment