koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 15 April 2014
PEMIMPINKU
Manusia ... ,
setiap manusia ada ragamnya
setiap manusia ada resamnya
setiap manusia ada kemahuannya
setiap manusia ada pendiriannya.
Begitu juga dengan rakyat
setiap rakyat ada pendiriannya
setiap rakyat ada kemahuannya
setiap rakyat ada resamnya
setiap rakyat ada ragamnya.
Masyarakat kita berbilang bangsa
masyarakat majmuk hidup berkelompok
rambut mungkin sama hitam
tapi hati berlainan bicara
ada yang suka dan ada pula yang tak suka.
Usah label-melabelkan
hendak pula yang dilabelkan itu
rakyat jelata
dan yang melabelkan pula
adalah pemimpin kepada rakyat.
Tangani mereka dengan mesra
bukan dengan melabelkan rakyat dan masyarakat
sebagai penentang kepada rakyat
akan segala usaha dilakukan
dan ingin dilaksanakan oleh kerajaan.
Di situlah ... , kalau boleh saya katakan
"Letaknya kematangan seorang pemimpin, dipilih rakyat"
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
15/04/2014
14.10.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment