koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 28 April 2014
MENYIBAK USIA DI TABIR SENJA
Kanvas maya hilang citra
minda dan hati berlainan kata
lolongan ghaib peneman rasa
menghimpun resah di dalam dada.
Ratapan hiba berganti gema
pusara selingkuhan di Pulau Cendana
nisannya ada jasadnya tiada
bisakah nanti bergabung semula.
Rindu-rinduan tiada bicara
bagaikan laut bergelora hiba
pantainya murung di hujung muara
di tabir senja menyibak usia.
Nyawa berbekas senafas cuma.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
28/04/2014
14.00pm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment