koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 15 April 2014
PENENTANG GST ADALAH PENENTANG RAKYAT?
Ya ke?
Tidak adakah hak rakyat
dalam menyuarakan ketidak-puasan hati
akan apa yang diperkatakan belum terbukti
keuntungan belum nampak lagi
tapi kenaikan harga barangan itu yang pasti.
Dilabelkan oleh menteri
kononnya menyuarakan hak rakyat
sebagai penentang rakyat
hanya kerana menyuarakan kekeliruan tentang GST.
Nak tanya sikitlah. Siapa rakyat yang diperkatakan ni?
Dikatakan wang cukai GST bukan untuk kerajaan
tapi untuk kesenangan rakyat masa hadapan
pembangunan,
jalan raya
dan hospital dinaik-taraf
cukai GST dikongsi rakyat dan juga pendatang
yang tidak mengistiharkan pendapatan.
Chit!
Tiadakah pembangunan?
Tiadakah jalan raya atau lebuh raya?
Dan tiadakah hospital selama ini
sebelum diperkatakan tentang cukai GST
di mana datangnya sumber kewangan selama ini
bukankah dari sumber asli kita sendiri
seperti pertanian,
minyak,
industri-industri
dan pelbagai lagi sumber kekayaan negara
yang ditarah hingga akar umbi.
Aduhai!
Tentang pendatang,
yang tidak mengistiharkan pendapatan
bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan
untuk mengawal-selia pendapatan mereka ini
itu gunanya LEVI.
Makan boleh sebarang makan
label jangan sebarang label
bercakap bukan dengan orang buta
rakyat semua dah celik mata
tahu apa diperkatakan mereka.
"Chit! Jangan nak auta"
Kami bukan menentang GST
tapi kami rakyat yang cinta negara
juga rakyat yang diajar, apa itu intergriti.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
15/04/2014
07.50.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment