koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 12 April 2014
TEROMBA: ADAT PUJANGGA
Menghulur cawan biar beralas
meneguk manisan biar bergelas
berjemur petang biar berpayung
berkumur siang biar bergayung
menegur salah biar berlapik
menjunjung titah biar berpatik
bak merajuk nan terpujuk
bak menjeruk nan tak busuk
bak meliuk nan terjalar
bak mengantuk nan tersedar
bak mengutuk nan terungkai
bak meluluk nan terintai.
Adat pujangga halus membelai.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
12/04/2014
15.35.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment