Thursday, 10 April 2014

AKU BERCERITA


Aku ingat lagi satu kenangan yang indah sewaktu majlis sambutan ulang tahun penubuhan syarikat tempat aku bekerja di sebuah hotel terkemuka berhampiran KLCC. Rasanya lebih tigabelas tahun yang lepas tapi tarikh aku tak ingat dan sayang sekali telifon bimbit tercanggih ketika itu yang aku pakai adalah Nokia 3310 yang dinaiktarafkan ke 3315. Belum tercipta lagi telifon bimbit yang boleh merakamkan gambar.

Ceritanya begini...waktu itu kami bersolat Isyak diimamkan teman baikku. Selesai solat kami bersalam-salaman di antara satu sama lain dan ketika bersalaman dengan seorang hamba Allah ini aku sungguh terkejut rupa-rupanya hamba Allah itu adalah pemimpin politik yang semua orang kenali. Hamba Allah ini sanggup berimamkan orang yang biasa di kalangan rakyat jelata. Selepas bersalam-salaman hamba Allah itu terus bersolat dua rakaat sunat.

Sejak itu aku berkata di dalam hati dialah pemimpin politik yang amat aku hormati sampai bila-bila dan akan aku ingatinya sampai akhir nyawaku.

Nak tahu siapa gerangannya? Dialah Timbalan Perdana Menteri sekarang ini.

Subhana-Allah, Allah memelihara pemimpin yang menjaga solatnya dan berjiwa rakyat. Dan aku menjadi saksi solatnya.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
10/04/2014
14.50.

No comments:

Post a Comment