koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 24 April 2014
GURINDAM JIWA
Jika kita tak suka disuntik,
jangan kita suka menyuntik.
Jika kita tak suka dijentik,
jangan kita suka menjentik.
Jika kita tak suka diherdik,
jangan kita suka mengherdik.
Jika kita tak suka diprovokasi,
jangan kita suka memprovokasi.
Jika kita mahu orang melihat kita,
seharusnya kita melihat dulu diri kita.
Jika kita mahu orang mendengar suara kita.
seharusnya kita mendengar dahulu suara kita.
Jika kita mahu orang menerima pendapat kita,
seharusnya kita terima dahulu pendapat kita.
Jika kita suka mengada-ngada,
jangan kita suka mengada-adakan cerita.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
24/04/2014
07.30am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment