koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 29 September 2014
SEMANIS GULA
Apakah silap mataku memandang
atau hanya mainan ilusi terpampang
semut yang halus besar kupandang
melintas dari kiri ke kanan terbang
nak kata terbang di mana sayap
semut gila merayap-rayap
ke hulu ke hilir tak pernah senyap
merimaskan aku mata terkejap-kejap.
Betul-lah peribahasa ada mengatakan
kerana gula semut kebinasaan
habis kutindas semut tiada kesalahan
hanya kerana cermin mata dibuat laluan.
Mungkinkah manis air mata merecik
semanis senyuman yang aku suntik.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
29/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment