koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 29 September 2014
WARNA DALAM LUKISAN MIMPI
Aku seorang pelukis
melukiskan impian
mewarnakan fantasi mimpi
berwarnakan pelangi.
Kuwarnakan kuning
berselang-seli putih
melambangkan pemikiran
kesucian hati.
Aku warnakan oren
di tengah warna kehijauan
menunjukkan semangat
nan sentiasa keremajaan.
Terkadang tanpa kusedar
aku terwarnakan merah dan biru
tidak terkawal di bucu lukisanku
bak perasaan amarah menggebu.
Namun di sebalik amarah dijamu
kupaparkan sikap kematangan
mutu dan kecanggihan
di limpahan warna coklat dan hitam.
Di akhir warna lukisan
aku warnakan ungu
mewakili kalbu
menunjukkan falsafah kehidupanku.
Warna-warna itu menghidupkan aku.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
29/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment