koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 11 September 2014
ANAKKU
Aku mengintai dari kejauhan
dari aras paling tinggi bangunan
berteman asap rokok berkepul-kepulan
terawang bersama setiap hembusan
cuba mengurangkan kedinginan
dalam pemerhatian
sesusuk tubuh jalan berlenggangan
bersama beg galas membelah kesamaran
kegelapan subuh dan lampu jalan.
Namun kelibat tidak kelihatan.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
11/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment