koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 19 September 2014
GURINDAM MAT PET
Wa dulu sekolah tak tinggi,
wa berhenti masa wa kena denggi.
Wa dulu ada cita-cita,
wa rasa sedih nak cerita.
Wa dulu ramai kawan di sisi,
wa sekarang pucat dan lesi.
Wa dulu nak jadi doktor hospital awam,
wa sekarang dah jadi doktor; doktor ayam.
Wa bukan mahu jadi macam ni,
wa pun nak gak rasa berbini.
Wa tersalah masuk jalan pintas,
wa rasa melayang macam di atas pentas.
Wa nampak bintang beribu-ribu,
wa nak minta maaf sama ayah dan ibu.
Wa mengaku wa salah,
mak ayah maafkan wa lah.
"Oh ibu damailah engkau di sana"
Ish, ish...wa sedih brader,
'Please don't bother'.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
17/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment