koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 19 September 2014
INI BUKAN KRITIKAN
Ini hanya satu luahan
dari kesedihan seorang insan
membaca karya teman-teman
bagai terselit jarum sumpitan.
Bukan mengkritik apa lagi mencela
sekadar membela karya bahasa
martabatnya di tangan pengkaryanya
siapa lagi jikalau bukannya kita.
Tatabahasa jangan dilanggar lari
di dalam karya yang kita lakari
menunjukkan tempat atau sesuatu ditujui
harus dijarakkan kata sendi.
Di kala, di sini, di sana dan di situ
ke mana, ke sana dan juga ke situ
adalah kekata yang menunjukkan sesuatu
bukan perbuatan yang kita laku.
Bukan mencari kesempurnaan
cukuplah bahan baca tiada kecacatan.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
18/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment