koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 16 September 2014
FALSAFAH SUREALISME
Lihat gelas ini.
Ada yang memandang, gelas ini separuh kosong
ada juga yang memandang, air separuh gelas
tidak kurang juga yang mengatakan
gelas diisi separuh penuh
separuh lagi dibiarkan kosong.
Ya, benar!
Itulah apa yang diperkatakan
- rambut sama hitam, hati lain-lain
falsafah surealisme.
Masing-masing ada pendirian sendiri
ada pandangan sendiri
menterjemah apa yang dilihat
memperkatakan apa yang difikir
mata memandang - otak menterjemah.
Seumpama sebuah lukisan
dilukis oleh pelukis
bermutu ataupun tidak
ada pengkritik yang akan menilaikannya
begitu juga dengan sebuah karya
kita membaca - orang lain turut membaca
tapi disudut kefahaman
berlainan penterjemahan makna
kreatif ataupun tidak, otak yang berkata-kata.
Pandanglah gelas - bacalah karya
jelas atau tidak
masing-masing ada cara
penilaian tersendiri.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
16/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment