koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 19 September 2014
JENDELA HATI
Indah nian jendela kubuka
alam tersenyum tiada berduka
sejuk dan nyaman udara di dada
kuhirup segar tiada tercela.
Ya Allah
langit pagi masih Kau-buka
pancaindera terang masih bermata
di dada nyawa masih Kau-pelihara
khalifah zuhud di puncak dunia.
Ya Allah
anggur dan kurma yang Kau-beri
buat perlepas dahaga dan lapar kami
di muka bumi bertebaranlah kami
di dalam mencari kami syukuri.
Ya Allah
Engkaulah Maha Pemberi
lagi Maha Pengasihani
jendela hati hamba-Mu ini
kian mengerti... ,
sehari lagi dosa dan pahala
kami jala - kami gembala
kami rencana.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
18/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment