koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 19 September 2014
SEKADAR PANDANGAN
Aku masih ingat lagi masa tingkatan 3 tahun 1985... masa tu diadakan sayembara cerpen ringkas untuk disertakan ke dalam buku tahunan sekolah. Cikgu aku memulangkan semula karyaku untuk aku perbetulkan kembali kesalahan tatabahasa di dalamnya. Dan kerana idea yang aku lakarkan agak menarik... peluang ke dua diberikan kepadaku.
Syukur Alhamdulillah karyaku mendapat tempat ke3 keseluruhannya. Dan layaklah mendapat tempat di dalam buku tahunan sekolah. Betapa pentingnya penjagaan tatabahasa, ketika itu juga aku fahami dan aku pelajari.
Tapi sekarang (maaf aku katakan) ada segelintir guru (tak semua) tidak menjaga tatabahasa bila berkarya di muka-buku ini. Tidak sedarkah mereka betapa pentingnya media maya sekarang ini?... sedangkan SAYEMBARA ITBM sendiri tidak menerima karya yang telah dikeluarkan di dalam media maya ini untuk turut serta di dalam sayembara. Kerana mereka mengikhtiraf media maya ini sebagai salah satu cabang bahan media.
Maaf seandainya kata-kataku ini mengguris perasaan sesiapa. Harapanku semoga dapatlah kita menjaga karya kita agar tidak lari tatabahasanya dan terpelihara.
Insya-Allah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
18/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment