koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 19 September 2014
MANISNYA MANUSIA
Asal tengahari je terasa sepi
asal sepi je perut mesti berbunyi
bagai jam loceng ditala masa
akan berbunyi tanpa dipinta
begitulah kejadian manusia
telah ditetapkan oleh Yang Esa
cuma akal yang bisa menyaingi
mengawal nafsu dari beraksi
cuba kalau tiada akal
hanya nafsu dibawa bekal
mampukah manusia jadi khalifah
di muka bumi dagang makrifah.
Itulah manisnya kejadian manusia.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
18/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment