koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 29 September 2014
BERDULANG DI HALAMAN SENDIRI
Aku mendulang rindu
di celahan jemari bernafsu
mengolah bicara pilu
berseorangan di lembah kalbu.
Biarlah bertali arus
mungkin juga agak rakus
hujan ilham menjirus
di tebing lembah yang tirus.
Aku pekakkan telinga
aku butakan mata
biarlah orang berkata nista
aku diamkan sahaja.
Mungkin aku si lurus bendul
kepala botak berdahi jendul
namun aku bukan samdol
laman orang ingin kusondol.
Berdulanglah aku di laman sendiri.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
29/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment