koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 29 September 2014
KHEMAH PEMIMPI
Senja telah pun pergi
malam kian sunyi
rembulan main sembunyi
seakan menjeruk hati
pungguk berdiam diri
di pohon ara sepi
mengira bintang menari
di cakrawala tinggi
berguguran salji ilusi
bersama mentera sakti
berkabus khemah pemimpi
bersatu ruang fantasi.
Usain Bolt tewas berlumba mimpi.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
28/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment