koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 26 September 2014
CERITA CERMIN
Dari cermin aku memandang
diri, dalam ketelanjangan
wap nafas mengaburkan pandangan
pembalikan cerita.
Kedukaan dan kesepian
di sebalik senyuman menawan
satu kekaburan
terbina tembok menidakkan.
Tunggu masa berderai
cermin berserakan
cerita nyata
disingkap kaca meluka.
Di bawah putaran kipas
helaian rambut gugur
melekat
di setiap kecaian cermin bertaburan
bak cinta yang kian tersirna.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
23/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment