koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 26 September 2014
PANTUN RUMPUN BULUH
Asal tunas menjadi rebung,
sudah besar menjadi buluh;
Kasih sayang tidak berhubung,
hilang lenyap seperti peluh.
Batang buluh tegap meninggi,
mekar rumpun cantik terhidang;
Anak besar semakin ranggi,
ibu ayah kerdil dipandang.
Buluh kasap tajam dan runcing,
buluh lurus dibuat lemang;
Ibu ayah dipandang hancing,
duduk rumah tengkuk meremang.
Rumpun buluh warisan rumput,
beza cuma resam menjalar;
Masa kecil makan dijemput,
sudah besar malu menular.
Miang buluh harus dibuang,
jikalau tidak gatal menapak;
Bagaikan resmi hidup keluang,
siang tidur malam melepak.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
23/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment