Tuesday, 16 September 2014

GUA BUKAN PEROGOL


i
Ini bukan kritikan
tetapi sebuah saranan
agar dapat diterima
mereka yang mengeluarkan kata-kata
di dalam karya mereka berbicara.

ii
Gua dulu malas belajar
gua selalu ponteng sekolah
kalau sekolah pun gua tidur
cikgu di hadapan - gua di belakang
cikgu mengajar - gua tersembam
di atas meja, mata gua lebam.

Gua tak suka pelajaran sains
apalagi matematik
selalu gua di'zasss' belakang badan
bila gua terlelap
berbirat dan pedih gua sendiri rasa
sekejap je, lepas tu gua lelap balik.

Namun, gua paling suka sastera
biji mata gua selesa sepanjang masa
dari teori kepada amali
gua sentiasa dapat melaksana
yang paling gua suka
pengkayaan tatabahasa di dalam karya

sehingga kini gua masih memegangnya
perogolan tatabahasa usah direncana
di dalam setiap karya gua bina
kerana bagi gua, berkarya biarlah senang dibaca
bahasa SMS jangan diguna
bagai orang malas menunjuk kebodohannya.

Kononnya
nak tunjuk mereka pujangga
tetapi tatabahasa dirogol
tanpa rasa berdosa
sampai naik semak mata gua
memandangnya

'CHOI'... .

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
16/09/2014.

No comments:

Post a Comment