koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 19 September 2014
MINAH GIAN
Sedari tadi
aku cerita pasal Mat Gian
Mat Pet dan Mat Sabu,
perempuan ada juga giannya
tak percaya?
Okey mari kita lihat ... .
Perempuan
atau dalam bahasa orang muda
Minah Gian,
lagi banyak giannya
cuba tengok dalam muka-buku ini,
ada yang gian ber'selfie'
gian bersembang
gian menganyam 'ketupat'
makan 'ketupat'
gian tunjuk masakan
ada lauk,
kuih,
dan pelbagai lagi masakan
dari dalam buku resepi
ataupun
dari pak cik - mak cik google.
Itu baru sikit tu
ada lagi
cuba perhatikan
"Lu fikir-lah sendiri"
Jangan sentap.
Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
17/09/2014.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment