Aku adalah aku
tetap akan jadi aku
tidak bisa jadi kamu
atau apa yang kamu mahu
kerana aku
tetap dengan puisi-puisiku
tetap dengan cara nukilanku
tetap dengan luahan hatiku
tetap dengan prinsip-prinsip aku
yang aku sisipkan dalam setiap karyaku
kerana bagi aku
pegangan aku satu
yang telah dititipkan oleh guru-guruku
iaitu ... ,
kalau aku takut tiada yang memahami maksud karyaku
lebih baik jangan jadi seorang pengkarya berilmu
yang cuba menurunkan ilmunya kepada semua tetamu
yang sudi membaca karyaku ... ,
karya aku bukannya karya kamu
selagi aku tidak melanggar tatabahasa yang dipaku
dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ... gedung berilmu.
Aku tetap aku ... sampai bila-bila tetap diri aku.
ss/spl/pm ... 10/6/2012.
No comments:
Post a Comment