koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 6 June 2012
ENGKAU YANG TIDAK PERNAH MAHU MENGERTI
Engkau ... ,
engkau hanya tahu tentang dirimu
kamu ... kamu dan kamu
itu sahaja yang engkau tahu
hanyalah dirimu dan apa yang kamu mahu
bukannya cuba hendak mengerti
akan apa yang aku nukilkan
akan apa yang aku maksudkan
akan apa yang aku cuba sampaikan
dalam setiap karya-karyaku.
Padamu
diam aku merimaskan kamu
diam aku ingin menyepi darimu
diam aku kerana ingin menjauhkan diriku dari dirimu
tapi pahamkah kamu ... ,
diam aku mungkin kerana kepenatan
diam aku mungkin kerana keletihan pemanduan
diam aku mungkin kerana keadaan tidak mengizinkan
diam aku mungkin juga kerana kesihatan aku tidak mengizinkan.
Ya ... ,
kini pahamilah engkau
badanku keletihan
aku dilanda demam
demam dan letih
letih kerana engkau tidak mahu memahami diriku
sehingga menggugat ketenteraman hidupku
sehingga soal jawap berlaku
yang tidak mampu aku hindari lagi.
Semuanya gara-gara desakan apa yang kamu mahu
kamu, kamu dan kamu ... hanya kemahuan kamu
yang engkau tahu.
ss/spl/pm ... 6/6/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment