Sunday, 10 June 2012

HANYA SATU PINTAKU PADA SEMUA


Tiada kata seindah bahasa
tiada cacat mahu dicerca
janganlah suka kata mencela
akan karya sahabat-sahabat kita.

Bukalah hati bukalah minda

setiap karya ada kekuatannya
fahamilah lenggok fahamilah bicara
jangan sengketa yang hendak dibuka.

Sanjungilah bahasa budaya bangsa
martabatkan bersama sastera nusantara
janganlah mudah hati terasa
terimalah karya dengan minda terbuka.

Sedih terasa di lubuk jiwa
melihat onar semakin berleluasa
pantang tersentuh ada yang terasa
walaupun bicara tak menyentuh peribadinya.

Ingatlah teman ingatlah semua
setiap perkataan umum penggunaannya
kalau tak suka terasa di dada
gunakanlah nama yang diberi ibunda.

Maaf kelancangan aku berbahasa
bukan mencerca bukan menghina
tapi kesedihan berona berbirat di jiwa
bila penyalahgunaan kuasa bermaharajalela.

Di akhir kata aku berbicara
satu sahaja pintaku kepada semua
muhasabah diri muhasabahlah sentiasa
jangan diturut hati yang buta.

Hormatilah nukilan sahabat-sahabat pengkarya semua.

ss/spl/pm ... 9/6/2012.

No comments:

Post a Comment