Monday, 4 June 2012

LUKA DITUBA SEMULA


Ya Allah aku terlupa
mungkin juga aku terleka
dalam jaga aku terlena
atau mungkin juga aku sengaja
dalam aku membuang kenangan bersama
yang pahit atau manis kurasa
yang indah berseloka
yang pernah kita padu cinta dan asmara
aku masih lagi membenarkan dirimu bertahta
di dalam kotak minda
dan senarai teman-teman maya.

Dan yang pastinya
kedatanganmu malam ini menyapa
membuat aku kembali sengsara
dan tertanya-tanya
haruskah aku membiarkan sahaja
perasaan aku ini engkau noda
dan engkau tuba semula.

Atau haruskah aku memadam sahaja kenangan dirimu selama-lamanya.

ss/spl/pm ... 4/6/2012.

No comments:

Post a Comment