koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Friday, 8 June 2012
SEDAMAI KASIH
Ranjau dan duri kutempuhi sendiri,
sepi hati aku biarkan ia terus berlagu sepi,
langkah kaki semakin melemahkan diri,
aku berhenti melangkah lalu terus aku duduk menyepi.
Saat aku mendiamkan diri,
merawat diri mencari sinar Illahi,
engkau tampil merindui diri,
lemaslah aku sekali lagi dalam dakapan kasih seorang insani.
Tika aku merindui dia,
hadirmu memberi sokongan,
agar aku terus kuat untuk mendoakan ketenangan dia,
erat kugenggam pabila engkau menghulurkan tangan.
Tika aku pergi menyembunyikan hiba diri,
diam-diam aku berlalu tanpa meninggalkan sepatah bicara,
sendu dan rawan mula menyerang dan menyelubungi diri,
aku berjaya kaujejaki hingga menangisku pabila engkau berbicara.
Alam damaiku sudah berjaya engkau temui,
pabila aku hilang tahulah ke mana aku akan kaucari,
tetapi apabila di sana pun tidak dapat aku kautemui,
janganlah sesekali bersedih kerna di hatimu aku setia di situ andai kaucari.
Aku tetap disini.....Setia menanti dirimu..Kerna akulah Si Gadis Perindu..Ruang hatiku tetap ada untukmu yang sudi merindui insan kerdil ini......♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment