Tuesday, 5 June 2012

TERPAKSA WALAU AKU TAK RELA


Air apakah ini?
Berjuraian jatuh laju dari birai mataku
tertumpah tidak terbendung olehku
meleleh hangat tidak tertentu
meleleh laju tidak menentu
cuma esakan tidak terluah olehku
cuma teriakan terbendung kerongkongku
tatkala engkau kusingkirkan dari hidupku
selama-lamanya menyepi di situ
bersaksikan bulan dan bintang seribu
dengan kalimah suci hatiku
kuucapkan selamat tinggal buat dirimu
dan sesungguhnya
ketahuilah kamu
bahawasanya
engkaulah kekasih yang paling aku rindu
engkaulah yang pertama berjaya menggoyahkan kalbuku
engkau akan tetap selama-lamanya di situ
di dalam lubuk hatiku yang paling jauh
dan terpaksa aku ... terpaksa aku
menyingkirkan dirimu
untuk kebaikan engkau dan aku
kerana aku tidak rela
kesakitan yang aku alami menjelma semula
di benak ubun-ubun ... kepala aku.

Maafkan aku ... aku terpaksa walau tak rela.

ss/spl/pm ... 5/6/2012.

No comments:

Post a Comment