koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Sunday, 5 January 2014
GURINDAM: OTAK UDANG DIGAUL CILI
Otak udang dikelilingi najis,
dalam karya orang pun dia merenjis.
Otak udang tiada minda,
bila berbicara, menepuk dada.
Otak udang suka bersengketa,
membogelkan dirinya di pandangan mata.
Otak udang tak malu muka,
mengharap perhatian diberikan kepadanya.
Otak udang jelas terpapar,
tak sedar ke, di karya siapa dibikin onar.
Otak udang kesian kepadamu,
'LOW-CLASS' itulah kamu.
Otak udang kurang asam jawa,
mari sama-sama kita ketawa.
Ha ha ha. Cukuplah tiga.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
05/01/13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment