koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 2 January 2014
Motivasi 50 pp
Dua kosong satu empat
sama-sama kita ingat mengingat
cuba jadi individu yang memberi manfaat
menyumbang dalam kemajuan masyarakat
membantu negara pacu martabat
bentuk bangsa yang tinggi darjat
berfikir positif memberi pendapat
mengkritik dengan penuh hemat
rasional dengan tingkah terhormat
mudahan dikagumi seluruh jagat
jadi contoh negara bermatlamat
demi kesejahteraan rakyat
CNM, 1/1/14, BBBangi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment