Thursday, 16 January 2014

PROSA: JANGAN JADI 'CRY BABY'


Masa aku kecil dahulu, aku sering dipersalahkan oleh emak dan ayahku jika adik-adikku membuat kesalahan. Walau jelas muka aku sendiri berlumur dengan sambal belacan yang dititipkan untuk nenekku gara-gara adikku yang sengaja melemparkannya ke muka aku. Dan dalam aku mengadu kepada mereka akan perbuatan adikku itu, aku juga yang dipersalahkan. Kata mereka:

"Ayung yang sulung. Kena selalu beralah dengan adik-adik. Jadinya usahlah berperangai macam 'baby' lagi hendak mengadu-ngadu"

Masa sekolah juga sama. Cikgu-cikgu sering mengata dan menyalahkan aku akan perbuatan kawan-kawan sekelas aku. Walau aku hanya duduk diam membuat kerja aku sendiri dan kawan-kawan yang membuat bising. Aku juga yang dipersalahkan dan diperkatakan mereka akulah ketua budak-budak nakal di dalam kelas. Yang jadi hairannya aku! Kawan-kawan yang berbuat bising boleh terlepas begitu sahaja, aku yang didenda. Apabila aku mengadu hal ini kepada Pengetua...nak tahu apa katanya? Dia kata:

"Dont be such a cry baby Sazalee" bila aku katakan..."This is not fair"

Dan sekarang kenangan itu terimbau kembali apabila aku melihat dan mendengar perkataan yang sama keudara di dalam tv. Agaknya begitulah muka aku masa dulu, apabila dipersebutkan kalimah keramat "Ini tidak adil" dengan mimik wajah yang seiras benar dengan muka 'baby'.

Aduyai! Kenangan mengusik jiwa.

Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
16/01/14.

No comments:

Post a Comment