koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 15 January 2014
SENDAWA TERASA KANGKUNG
Bukan mengata
atau sengaja mempersenda
kangkung turun harga
ada ceritanya
kalau benar bagai dikata
kenapa?
Ya! Kenapa?
Kenapa kangkung diturunkan harga?
Sebabnya... ,
seperti yang dikatakan semua
kangkung ada di mana-mana sahaja
senang didapati senang dijumpa
hatta di belakang rumah kita, pun ada
atau di tepi parit sana
pasti terjumpa.
Bukan tidak bersyukur ataupun buta
sejarah melayu ada ikhtibarnya
ada pengajarannya
sejarah melayu bukannya sejarah Malaysia.
Tepuk dada tanya selera
kalau sendawa, kena tutupkah mulut kita?
Akal yang cerdas pasti bersuara.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
15/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment