koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Tuesday, 7 January 2014
SYAIR BINGKISAN DARI MIMPI
Di pagi hari aku termenung
di kamar hati aku merenung
bicara mimpi setinggi gunung
taasub ngeri jatuh di gaung
mimpi kuterima bagai bingkisan
berwarna merah tanpa hiasan
bergetar kalbu renung kiasan
bicara syahdu catatan pesan
turut diserta oleh-oleh terpilih
terpulang padaku untuk berdalih
tanah yang rata tanah memulih
gaung yang dalam harus dikalih
waswas di hati buanglah jauh
ambil yang jernih buang yang keruh
barulah tegap barulah teguh
masalah mendatang usah dikeluh.
Sazalee Sulaiman...Nilai, N.S
07/01/14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment