koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 6 January 2014
TASBIH WAKTU
Tasbih waktu itu kuhitung
ada getar yang menunjang suaraku
gemanya singgah di lantai langit
aku mencari hakiki di situ
cinta ini telah lama kugemburkan
tanahnya aku
airnya hujan
lamannya masih separuh kosong
yang dipenuhi, aku sendiri
tidak tahu apa-apa
keberhasilannya masih samar
itu kerja Dia
aku tidak mengira pahala
dosa juga kiraanku menyimpang
aku dicipta
bukan pencipta
itu kerja Dia
semestinya aku pasti.
Tanahnya masih aku
tetap kekal begitu
unsur diri
mewujudkan diri
cinta ini terus kugemburkan
kerana ini cinta aku
pencarianku masih dalam
hitungan tasbih waktu
getar jadi debar
cinta semakin menggegar
dan aku sedar
cinta ini tak akan mati
pun tak pernah mati.
Qalam Bertinta
Klang
06012014
1101am.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment