Sunday, 10 June 2012

AKU SEORANG PELATAH


Opocot ...
kus semangat
nasib baik tak bersilat
kalau tak pasti nampak pusat
bila baju terselak singkat
pasti akan terlihat
pusat bujir hitam berkilat.

Opocot ...
kus semangat
nasib baik aku dah beringat
aku ikat kain ketat-ketat
kalau tak sendirilah mahu ingat
pasti terbuntang mata-mata yang melihat
adingan tak senonoh yang aku buat.

Opocot ...
kus semangat
eh! ... puisi aku dah bertingkat-tingkat
tapi tak nampak satu pun puisimu walau sekerat
menjatuhkan hukum ingat tak ingat
aku ingatkan hebat sangat
cakap mengalahkan kaki debat
setelah kuselak ... ,
tak terlihat pun kelibat
hanya pandai berkata dari yang dibuat.

Opocot ... sentiasalah beringat.

ss/spl/pm ... 9/6/2012.

No comments:

Post a Comment