Buang aku dari kumpulan kamu
aku terima!
Itu kumpulan kamu
kamu berhak untuk membuat apa sahaja
demi kesejahteraan kumpulan kamu
aku terima dengan hati terbuka
tapi! ...
bila engkau membuang aku dari senarai temanmu
aku tertanya-tanya
di manakah kesetiaan persahabatan kamu
persahabatan kita
yang telah aku lafaskan kesetiaanku
untuk terus menyokong dirimu
dan berdiri di belakang kamu.
Kini ... aku paham di mana pegangan kamu
apa ertinya persahabatan kepada kamu
dan usahlah kamu gusar
atau ragu
aku tak seperti kamu
aku tidak akan membuang kamu pula
dari kumpulan kecilku
untuk membalas akan perbuatan kamu
itu jaminan aku
kerana itu pegangan aku.
Terima kasih daun keladi
panjang umur berteman kita kembali.
ss/spl/pm ... 10/6/2012.
No comments:
Post a Comment