koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 9 April 2014
DARAH DARA
Dalam hidup ada kali pertama
dalam kali pertama ada kesinambungan
sentiasa terbit dalam penceritaan
sentiasa bermula dengan dosa dan pahala
ada kecewa ada duka
ada juga gembira - mengecap bahagia
yang pentingnya... ,
darah dara mengajar kita
erti perjuangan,
bermula belum pasti berkesudahan.
Selagi mata belum terbuta.
SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
09/04/2014
22.00.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment