koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Saturday, 5 April 2014
INI TANAHKU
Tanahku basah
ditimpa hujan resah
gelisah
di sudut rekah.
Tanahku pamah
dalam kabut mencelah
gundah
menyapa lembah.
Tanahku ramah
gagah
tidak rela dipisah
walau berbatu kumbah.
Tanahku indah
kunikah
selafaz sumpah
selamanya bersembah.
Selagi hayat belum dikandung tanah
inilah tanah kutumpahkan darah.
Sazalee Sulaiman
Nilai, NS 05/04/14
jam 11.40 pagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment