koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 16 May 2012
DENAI INI
Aku kini kembali ke denai ini
mengail sunyi agar berpelangi
menjala sepi menjadi mimpi
menagih simpati kepada Yang Maha Mengasihi
berbakti keringat yang mengalir suci
agar denai tetap abadi
kesucian penghuni tidak tercemari
dek rakusnya anasir manusia berdurjana iri
busuknya hati bagai pekung setahun tak mandi pagi
mencemburui akan kedamaian kekal tidak terusik keji
dan dinginnya bak salji bertitisan embun pagi tidak terdengki
menjadi tumpuan makhluk yang bernama insani.
Insan yang mengasihi kesucian dan kedamaian denai ini.
ss/spl/pm ... 17/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment