koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 9 May 2012
SATERIA-SATERIA PEKONGMU
Takjub aku
bukan taksub tau tapi takjub
memang aku takjub akan kebolehan engkau
dalam memanipulasi teman-temanmu
sehingga sanggup menjadi seorang sateria
oooopsss ... bukan seorang tapi ramainya teman
yang sanggup menjadi kesateria milikmu
yang sanggup bermati-matian
dan berhempaspulasan bila engkau seru satu persatu
datangnya untuk mempertahankan diri kamu
untuk mempertahankan kononnya maruah kamu
dari diaibkan ... kononnya diaibkanlah
dari sikap kamu sendiri
yang terlalu suka memainkan trompet provokasi
dan perahsantan hingga membuat sesuatu hasutan
kononnya ... kononnya lagilah
setiap karya yang teman-teman aku nukilkan
adalah menuju kepada dirimu
walaupun telah terbukti ... ya! Telah terbukti kini
keaibanmu ... keaiban yang engkau cuba mempertahankannya
... engkau sendiri yang telah membukakannya ... pekong di dada.
ss/spl/pm ... 9/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment