koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 10 May 2012
DI SEBALIK RETAK
Retak menanti belah
menunggu masa untuk merekah
menjadi nanar membusung sirna onar
membelai layu hati yang tercalar
dan di situ di tembok batu terbiar
retaknya hanya menanti waktu sukar
mencari mangsa tegar
yang pasti akan layu sebelum mekar.
Siapa salah siapa benar
tidak tercatat di tugu pagar
biarkanlah tanpa tercalar
biarlah ... biarkanlah ianya terbiar
menunggu masanya tidak akan tersandar
tembok retak biar bercalar
tembok retak jangan dicakar
tembok retak pasti akan pudar
tembok retak pasti tercagar.
Di sebalik retak hatinya kian terbakar.
ss/spl/pm ... 10/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment