koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Thursday, 10 May 2012
HAJAT YANG ENGKAU INTAIKAN
Engkau yang mengintai aku
dari tirai kamar
bukan aku tetapi engkau ... ,
engkau yang terintai-intai
mahu meragut kemanisan tangkai kayumanisku
semahunya hatimu yang telah kegersangan
dengan kelahapan yang maha rakus sekali
tanpa sedikitpun ingin memperdulikan akan rayuan
yang akan aku pinta darimu
ehsan darimu ... ,
insaniah di hatimu ... ,
dan kewarasan akal fikiranmu
telah hilang dalam kelam berkelambukan malam
dan ketika engkau melucutkan
tali temali yang membelengu ikatan
diriku yang dipasung kedinginan di dalam kebogelan
telahpun engkau tatap dengan penuh keghairahan
lantas aku engkau terkam dan tindaskan
semahu-mahunya ... dan terlerai impian yang dihajatkan.
ss/spl/pm ... 10/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment