koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Wednesday, 16 May 2012
PASRAH
Pasrah
dalam menyebut resah
gelisah yang menyesakkan minda
rindu yang menyebal jiwa
mengait rasa taqwa
namun pasrahku
bukan bererti menyerah
pasrahku bukan bererti aku mengalah
pasrahku ... lebih kepada jiwaku yang aku serah
lebih terarah
berserah ... dalam menerima ujianMu ya Allah.
Hanya padaMu aku berserah dalam jiwa yang pasrah.
ss/spl/pm ... 16/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment