Wednesday, 9 May 2012

PENJAGA KAIN BUKAN PENIAGA KAIN




Ishhh ... panjangnya leher kau
terngintai-intai ke halaman orang
takut orang mengata-ngata pasal engkau
seumpama anjing takutkan bayang-bayang
apa sahaja yang orang lain hasilkan
engkau cepat-cepat melenting
nak naik angin
macam gajah naik minyak
oppppps ... ,
macam zirafah tertelan buah rotan
kalau tidakpun tertelan buah berangan
kau seperti terperahsantan
mengingatkan semua karya berkenaan diri engkau
sedangkan tiadapun tertulis di atas kertas
nama engkau dan sama waktu dengan engkau
'SO' jangan nak perahsantan terlebih-lebih
kerana raya lambat lagi puasapun belum lagi
kau dah mula buat dosa menabur fitnah merata-rata.


ss/spl/pm ... 9/5/2012.



No comments:

Post a Comment