koleksi puisi garapan sazalee sulaiman dan teman-teman bertujuan untuk menghimpun puisi-puisi pemuisi kecil-kecilan agar tidak hilang begitu sahaja ditelan waktu. Perkongsian nukilan garapan amat dialu-alukan. Jika ingin berkongsi karya yang dipetik pastikan ada nama penulis asal dinyatakan jika tidak ianya melanggar akta plagiat dan anda boleh diambil tindakan susulan.
Monday, 14 May 2012
FALSAFAH ALJABAR
Adakah berkekalan
kasih DAN sayang
cinta DAN rindu
JIKA dua insan
JIKA dua hati
ATAU dua anggota badan
... dua perasaan
ATAU dua jiwa berjauhan
yang TAK pernah bersua muka
yang TAK pernah bertegur sapa secara semuka
menjadi SATU dalam bahtera kehidupan
SATU bumbung berumahkan tangga
seiringan DAN sejalan ... bertautan bergenggaman tangan.
Tiori X + Y = 1xy ... menjadikannya FALSAFAH ALJABAR.
ss/spl/pm ... 14/5/2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment